Tuesday 24 December 2013

Rasa nak melompat bila esok cuti, ye la kan dah penat bekerja hampir lunyai rasa nya. Tapi tugasan seorang ibu, isteri dirumah sedang menanti tadaaa... hehehe. 25hb Dec ini adalah cuti public holiday bagi selangor dan seluruh secara am nya, ramailah orang yang ambil kesempatan untuk membawa anak-anak bercuti dan membeli barang keperluan untuk sekolah yang akan dibuka nanti. Ada juga syarikat yang buat malam 'Dinner' . Dengan pelbagai tema.
Nak cerita ni, saya dapat satu job untuk make-up kan seseorang ni untuk malam dinner, dia nak 'vouge' katanya ala-ala DIVA hihihi. apa pun saya tetap nak 'Client' saya berpuas hati dengan services yang diberikan oleh kami di Dyana Bridal House.
Client saya ni seorang yang bertudung. Kalau boleh dia tak mahulah nak cukur kening. Tapi nak menarik.  Jadi ini lah usaha yang telah siap dilakukan oleh saya ^_^

Gambar ini diambil saya sebelum 'Client' saya ni dimake-up kan.

 
Masa ni kami sedang santai je, sambil minum petang di Old Town White Coffe-Dataran Mentari Sunway. Ramai la mata yang dok memandang, Segan rasa nya macam nak shooting filem pula hahahaha … namun Operasi tetap diteruskan. Hampir sejam make over dijalankan  ini lah hasilnya.

 
 
 
Inilah hasil seni lukisan saya untuk hari tu, make over si cantik manis yang nak ke jamuan 'Dinner' nya tu. ^_^
kami sediakan bermacam-macam aktiviti yang para pelanggan kami mahukan. Seperti kelas make over, disitu akan diajar cara dan teknik-teknik yang betul cara melukis kening, mencukur atau tanpa mencukur. Dalam kelas juga ada diajar cara buat sendiri facial dari rumah. Dan juga membuat mask hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada.
Naaah kan mudah sangat untuk jadi cantik, dengan usaha dan keinginan. Nak  cantik, dimata suami?? Sentiasa nampak mempersona hermm mari join kelas kami. Cari saya di facebook saya mahu pun di pages saya. Ok lah rasa nya setakat ini aje luahan hati saya untuk petang hari sampai jumpa lagi bye.
  

No comments:

Post a Comment