Thursday 5 December 2013

Pengenalan diri

Teks : Diana Mohamad

Assalammualaikum….
Untuk semua insan yang membaca & mengenali diriku..
Semoga didalam lindungan NYA selalu ^-^
6 December 2013 - Inilah cerita tentang diriku. Nama pendek je Diana binti Mohamad. Kengkawan panggil saya Yana, kat rumah pula 'along' almaklumlah anak sulong. Saya yang sulong dari empat orang adik-beradik, yang best tentang kitorang ni ialah antara kami berempat ni berselang-selang. Perempuan, lelaki, perempuan, lelaki ..haah hebat kan pe tu orang panggil SELANG BUNGA.  
Saya dilahirkan di Klang, Selangor. Pada 10 Mac. Ibu saya anak jati sini, ayah pula berasal dari Perak. Kami adik beradik semuanya tinggal sekali kat klang ni, belum ada yang menetap dikejauhan hurmm.... tapi kini saya sudah ada kampung, di JELEBU. Kalau tak, masa hari raya semua orang sibuk balik kampung yang kita tak berkampung ni duk la ternganga...
Meh saya ceritakan macam mana saya kini dah ada kampung. 4 tahun lepas  saya adalah ibu tunggal kepada anak-anak kesayangan saya, Muhammad Zairul Hafiz 12 tahun dan Rabiatul Adawiyah 8 tahun. Merekalah semangat saya untuk meneruskan hidup dan penguat semangat saya dalam apa jua yang saya usahakan. Sebagai ibu tunggal saya juga faham kehidupan mereka yang senasib dengan saya. Bermacam-macam dugaan, halangan dan getir hidup menjadikan saya lebih kenal erti dunia. Kini saya kembali dengan gelaran PUAN.
Pada 28 August 2013 adalah hari saya diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang bernama Mohd Hanafi. Seorang yang penyayang, sentiasa menyokong saya, memahami saya serta anak-anak. Anak-anak juga sayang dia. Suami saya berasal dari Kampung Sepri, Jelebu, orang negori... haah tu la kan saya dah ada kampung wink..wink  ^-^  
Sifat saya, hurmmm saya seorang yang periang, tak mudah berputus asa dalam apa bidang pun yang saya buat, walau kekadang rasa 'give-up' tapi hehehe mesti juga terus kan usaha sehingga berjaya. Bagi saya semua orang berpeluang untuk kaya dan berjaya, asalkan tidak mudah berputus asa dan selalu berdoa pada allah s.w.t kerana apa yang penting ialah niat kita yang baik pasti allah makbulkan.
Sekarang saya ceritakan pula kisah pekerjaan saya.Bekerja sebagai kerani akaun cum admin di sebuah syarikat logistics di Subang Jaya. Setiap pagi rutin harian  saya, hantar anak ke sekolah. Yang pertama saya akan menghantar anak sulong kemudian anak kedua, saya hantar suami saya dan akhirnya hantar diri sendiri. Begitulah rutin saya setiap pagi perlu saya buat sebelom menghantar diri saya ke tempat kerja. ^-^
Saya akan ketempat kerja dengan bermake-up dan berdandan, termasuk la berhijab dengan ikut trend dan gaya terkini, saya bukan sahaja suka bermake-up tapi ikuti perkembangan dan trend semasa baik dari segi berfesyen muslimah sehingga ke hijab. Peristiwa yang saya mula make-up kan orang lain ialah semasa hari raya aidilfirtri 5 tahun dulu. Saya jadi mak andam untuk maksu saya serta adik perempuan saya. Bila mereka berdua kata saya ada bakat saya mulalah kembang kembangkan kepada kawan saya bertunang. Sehingga ke hari ini, bermula dengan ambil sub make-up dari mak andam yang besar besar yang dah ada butik mereka sendiri, saya belajar dari bawah untuk berjaya pada saya kita jangan malu bertanya dan mencuba. Kini saya dah bole organize majlis pengantin dari A-Z


Lalu terciptalah Dyana Bridal House. Kini saya boleh organize majlis kenduri perkahwinan dari A to Z. Mula dari khemah, catering, P.A System, photographer, pelamin, baju bersanding, baju bertunang, baju persalinan, sewa dulang hantaran, gubahan hantaran dan make-up. Saya juga ada menyediakan kelas personal make-up untuk mereka yang berminat secara individu, dinner
make-up, personal make-over.

1 comment: