Sunday 29 December 2013

Melangkah ke tahun baru 2014

Pejam celik lagi 2 hari nak melangkah ke tahun baru 2014. Rasa sayu pun ada dalam hati nak tinggal kan tahun 2013 yang penuh dengan dugaan, cabaran, baik sebagai ibu tunggal, baik sebagai seorang ibu dan kini dah bergelar isteri semula ^_^
Usaha demi usaha akan ku lakukan serta tak kan mengenal penat lelah untuk menaikkan Dyana Bridal House, agar terus maju sehingga Berjaya. Mudah-mudahan hadirnya tahun 2014, akan membawa sinar baru, rezeki yang melimpah ruah untukku dan keluarga baruku.
Bercerita tentang 2013, banyak benar dugaan yang membuatkan saya jatuh dan hampir rasa putus asa hingga menitiskan airmata. Pernah suatu hari datang kepada saya seorang budak peminta sedekah dalam usia 5tahun, bersama ibunya, dalam hati bermacam-macam soalan yang timbul dalam fikiran.
Mengapalah sampai hati membawa anak bersama minta sedekah, bukankah harus seorang ibu menjadi tunggak dan penguat semangat pada anak tadi supaya bila dia besar, dia tak kan jadikan apa yang dibuat ibunya sebagai warisan dia nanti.
Ye kan mungkin inilah dinamakan kehidupan, allah swt dah menentukan kat atas sana perjalanan dan keupyaan kita, allah swt tak kan menguji kita diluar kemampuan kita. Hurmmm mungkin aku pun harus berfikir benda yang sama…. Apa yang aku ada untuk aku wariskan kepada anak-anakku? Kemewahan?  Didikan agama? Atau erti kehidupan???? Tu lah hakikat tanggungjawab sebagai seorang ibu, adakala sedih tapi bila didepan anak terpaksa mengukir senyuman macam tak de apa-apa. Aku mahu ..akulah IDOLA anak-anakku, aku mahu akulah contoh anak-anakku untuk belajar erti kehidupan agar tak mudah putus asa, berani mencuba dan yang paling penting, hati mesti bersih.
Naah atas sebab tak putus asa meneroka dan terus usaha, jumpalah aku dengan seseorang ni yang ku panggil SIFU hehehehe ^_^ . Sehingga aku pandai buat blog sendiri. Korek-korek otak ni supaya
keluar idea untuk taip entry. Terima kasih sifu Anys Idayu Zakaria, yang masih belom nak putus asa mengajar aku yang dari zero to hero sekarang ^_^
Yakinlah dan usaha tangga kejayaan, tanpa nekad dan cita, ianya akan jadi sia-sia. Teruskan dengan angan-angan, kerana angan-anganlah manusia tu dapat teruskan citanya untuk capai sesuatu. Jika kita lekas leka dan berpuas hati dengan apa yang ada, ianya kehidupan yang tak akan ada maknanya.

Selamat tahun baru 2014 kepada semua rakan yang mengenali diri ini, semoga kalian akan diberikan kebahgiaan dan keberkatan ditahun 2014 ini ^_^



 
 
-2014-

No comments:

Post a Comment