Sunday 5 January 2014

5 Tips untuk Ratu Sehari

Assalammualaikum and  hye semua ^_^

Yana nak share 5 TIPS dengan u all yang akan menjadi 'RATU SEHARI'
U all mesti nak tau apa kan…hurmmm



( 1 ) GOODIES / DOORGIFT
Trend zaman sekarang ramai surirumah yang buat bisnes goodies atau pun doorgift sebagai menjana pendapatan dari rumah, secara tak langsung memudahkan u all yang akan mengadakan majlis dan tercari-cari idea juga reka bentuk untuk para jemputan, sama ada untuk majlis perkahwinan, cukur jambul dan sebagainya. semua ni boleh dicari di facebook tak kurang juga di internet>blog.
dari situ u all bole tawar menawar harga... jika inginkan dalam kuantiti yang banyak… Naah yang penting 1st u all mesti la tau tema n warna untuk majlis u all. Mudah dan jimat masa dan juga menjimatkan wang kan..kan..kan…

( 2 ) KAD JEMPUTAN
Sebelum u all membuat tempahan wajiblah senarai namakan dahulu semua para jemputan supaya tak membazir... sewaktu tempah kad nanti. Dan memudahkan u all juga kan ada senarai semak nama sewaktu nak mengagih-agihkan kad tu nanti. List nama ni penting supaya orang-orang yang anda ingin jemput semuanya tersenarai dan tidak tertinggal nanti. ^-^ Haah list nama tadi tu u all bole la tandakan pada nama yang anda dah beri kad pada kawan/saudara mara… kan mudah tu jimat masa.

( 3 ) BAJU PENGANTIN / MAK ANDAM
Jangan terus menerus membuat tempahan baju atau mak andam, sebaliknya cari 2 3 orang mak andam yang anda dapat. Dari situ boleh la tengok gaya solekan cantik atau sebagai. Juga jangan lupa buat list down juga bagi pakej yang diberikan atau apa yang dijanjikan. Orang tua-tua selalu berpesan, menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tak berguna. Kadang kala mak andam ni menjanjikan 1001 janji maklumlah nak kan pelanggan…pastikan anda membuat keputusan dab bandingan yang betul. Al-maklumlah terlalu excited nak jadi ratu sehari sampai rambang mata dan tak tahu nak memilih, yang macam tu bawalah teman sebagai juru fesyen kita hihihihi lagi bagus kan teman tu boleh guide kita semasa memilih baju pengantin atau mak andam.

( 4 ) BARANG HANTARAN
Ini paling tips yang paling mudah untuk dibuat oleh semua bakal ratu sehari. Jangan dan jangan terus menerus pergi shopping untuk barang dalam satu masa, sebab yang pertama u all akan rambang mata tengok tu cantik tengok tu ok, orait… yang penting tips ini boleh bantu u all jimat juga. Belilah 2 atau 3 barang setiap bulan dan simpan. Buat listing barang-barang yang disukai oleh pasangan u all. Jadi sama-sama bijak dapat membeli barang-barang yang pasangan anda sukai, betulkan. Lagi satu beli semasa ada promosi atau mega sale lebih menjimatkan duit anda, yang penting beli yang ada dalam senarai tau… hihihihi. Lebih jimat jika anda buat sendiri gubahan barang hantaran untuk pasangan anda, memori tu akan tersimpan yang u all gubah sendiri buat pasangan anda tu. Cer tengok corak atau cara gubahan yang telah sedia ada dalam internet atau pun majalah. Walaupun simple tapi bila ianya dibuat oleh u all sendiri lain rasanya… ^_^ new feelingssssss

( 5 )  WEDDING PLANNER
Tips terakhir paling mudah dan senang untuk u all jika melantik seseorang untuk menguruskan majlis anda. Contoh paling tepat wedding planner bagi menguruskan dari A hingga Z, segala-galanya… Baik dari Khemah, Catering, Pelayan yang telah sedia ada, Makan beradap pengantin, Baju pengantin hingga ke hiburan PA SYSTEM bersama DJ naah mudahkan yang penting macam Yana kata tadi bandingkan harga yang anda mampu dan jangan tersalah pilih. ^_^

Buat pengantin atau raja / ratu sehari kami di Dyana Bridal House. menyediakan semua yang anda cari. Kami akan bereskan dan membantu anda semasa majlis anda.Di bawah satu bumbung Dyana Bridal House, berikan anda semuanya, Andaman, Khemah(Canopi), Pelamin, Katering & Pelayan, Kek 3 tingkat untuk pengantin, makanan beradap untuk mempelai, PA system beserta DJ Nak lihat pakej yang kami sediakan singgahlah ke FACEBOOK : DYANA BRIDAL HOUSE / DIANA MOHAMAD juga di blog saya. Hanya dengan serendah RM18.90 anda juga mampu majlis anda menjadi semeriah orang lain.


No comments:

Post a Comment