Wednesday 15 January 2014

5 Cara Pemakaian Eyeliner & Tips Make-up tahan lama

Assalammualaikum semua ^_^


Todaykan yana terlalu excited nak sharing 5 cara pemakaian Eyeliner dengan semua sicantik manis kat luar sana tu yang tercari-cari jenis eyeliner mana yang sesuai dengan bentuk muka u all kan kan kan ^_^


Yana harap u all boleh mempraktikkannya dengan cara yang lebih bersesuaian dan lebih baik lagi hurmmm bole gitu ??? Tapi sebelum tu yana nak sharing fungsi "eyeliner" ni, lebih-lebih lagi perlulah disesuaikan  dengan mata atau cara pemakaian solekan kita. Maksud yana jenis mata tu macam ni, sepet ke, bulat besar, atau normal yang normal ni dah sedang cantik kata orang buat apa pun ok…


So inilah yana katakan tadi apa tu fungsi "eyeliner"


 










#  MATA SEPET
Melukis Eyeliner yang bersesuaian akan membuatkan bentuk mata akan menjadi sedikit normal dan menjadi besar/lebar.


#  MATA BULAT
Jenis mata macam ni, sesuai dengan hampir semua jenis eyeliner pun tapi harus ingat ada juga cara melukis yang tak kene gaya akan menyebabkan mata yang besar tadi tu akan kelihatan lebih besar lagi hurmm sedikit sebanyak akan mencacatkan gaya solekan u alls. Juga jika kene dengan cara melukisnya juga ianya menampakkan mata sedikit kecil dan tak terlalu bundar/besar.


#  MATA NORMAL
Yana panggilnya dengan jenis mata jenis normal, kerana apa jua jenis / cara lukisan eyeliner pada mata akan nampak cantik dan sesuai, walaupun hanya dengan melukis eyeliner tipis, malah dengan cara melukis eyeliner tebal sedikit dan runcing di hujung akan menampakkan lebih seksi, atau glam.
















Hurmmm Jom kita kenal pulak jenis-jenis "eyeliner" yang digunakan selalu….


#  PENSIL
Jenis pensil ni ada yang jenis biasa dan jenis yang berminyak (oily). Jenis pensil yang biasa pemakaiannya tak tahan lama, dan cepat sangat warnanya akan bertukar cerah dan hilang.
Jenis pensil liner yang berminyak pula jika u all seorang yang selalu berada di luar atau terdedah di bawah matahari jeee jenis ni biasanya akan cepat menjadi comot dan cair dek matahari.
Kalau u all suka dengan celak pensil ni saya sarankan beberapa jenis yang ada di pasaran dah saya sendiri dah pun gunakannya ^_^


Malah yana ada tips nak pemakaian eyeliner & eyeshadow anda tahan lama bila u all "outdoor" . Terus kan membaca hingga akhir ke tips ok…


# LIQUID PENSIL EYELINER
Jenis ini mudah digunakan bagi mereka yang baru nak belajar untuk melukis eyeliner. Bukan saje mudah dalam cara pemakaiannya bahkan juga "waterproof" ……. hurmmm ianya serupa macam 'colour magic' kanak-kanak tu tapi hujung nya lembut dan mudah digunakan,tebal atau nipis semuanya senang …hanya layangkan. So simple letak dan garis ^_^


# CAKE
Jenis macam ni sekarang pun dah banyak dijual dalam pot kecil, dwi warna coklat dan hitam. Jika pandai gunakannya bole juga di buat sebagai EYEBROW liner. warna yang cantik, selalunya digunakan mereka yang expert je... ^_^nakan bagi mereka yang baru nak belajar untuk melukis eyeliner. Bukan saje mudah dalam cara pemakaiannya bahkan juga "waterproof" ……. hurmmm ianya serupa macam 'colour magic' kanak-kanak tu tapi hujung nya lembut dan mudah digunakan,tebal atau nipis semuanya senang …hanya layangkan. So simple letak dan garis ^_^


Ok habis semua tentang penerangan yang yana nak kongsikan,jika ada yang tertinggal harap maaf, almaklum baru nak belajar-belajar menconteng atas blog huhuhu ... percubaan ni harap-harap Berjaya sebab ada diantara yang mengambil kelas make-up dengan saya boleh la ulangkaji disini untuk menjadikan u all lebih mantop...


Gambar ini saya ambil dari carian google, coming soon insya-allah saya akan buat sendiri dan akan upload di lain catitan orait.

































Seperti yang yana janjikan inilah tips untuk "eye-makeup" u all tahan lama, x kira dimata, atau seluruh muka u all.




#1 TIPS - EYE SHADOW / MAKE-UP TAHAN LAMA


Yang ni yana sendiri buat uji kaji tau, bagi muka natural (NORMAL SKIN) / Berminyak (Oily Skin)-
Muka kurang berminyak, dan kurang dalam berpeluh. sebelum memakai apa-apa dimuka sapukan ais batu ke seluruh wajah, pori-pori akan tertutup dan anda kurang berminyak di zon T, malahan akan kekal lama, kalau terasa tak mahu buat macam tu cara lain beli botol khas untuk letakkan air yang berais then u all spray ke muka macam Soothing Spray, kalau bole cari la 'Soothing Spray' dan spray bila sesudah makeup.


#2 TIPS - EYE SHADOW / MAKE-UP TAHAN LAMA


Sapukan Concealer di mata sebelum menyapukan eye primer / eye base sekali pun, pastikan ia adalah Concealer dari jenis cecair tau.


#3 TIPS - EYE SHADOW / MAKE-UP TAHAN LAMA


Sapuan bedak juga selain berus yang u all guna, boleh la tukar kepada span yang dibasahkan,
ini khas untuk make-up tahan lama, juga malam dinner make-up lebih sesuai, menampakkan make-up anda lebih padat.




So ok semua jumpa lagi dilain entri tata, take care.....
Jika ada apa-apa soalan tinggalkan dikomen orait yana akan cuba untuk mambantu u all







No comments:

Post a Comment