Tuesday 1 April 2014

Tempahan gubahan hantaran

Assalammualaikum semua...
Rindu benar dah hampir 1 bulan 3 minggu tak de apa-apa entri.Sejak terlantar di katil Hospital Ampuan Rahimah, Klang di bilik ICU terputuslah hubungan dengan blog kesayangan Yana ni sedih dan rindu memang ada tapi sekembali di rumah pula terpaksa berpantang dan merehat-rehatkan diri selama 1 bulan 2 minggu sebelum kembali kerja.
Dalam wad wanita pula bila dah boleh bangun dan berjalan sedikit apa lagi mulalah membelek-belek majalah berkaitan hal perkahwinan. Melihat semua tu hati yana tergerak nak sharing dengan semua bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan.
Mungkin ramai yang tak tahu Diyana Bridal House menyediakan pelbagai pilihan untuk bakal pengantin, mahupun bertunang.
Kami menyediakan gubahan hantaran yang amat memenuhi budget semua bakal pengantin. Hanya RM 15.00 sehingga ke RM80.00 mengikut gubahan. Sewaan dulang sekali dengan alas juga disediakan. Ingin berunding berkenaan majlis tapi ada budget kami ada menyediakan pelbagai jenis budget majlis mengikut kemampuan bakal pengantin. 

No comments:

Post a Comment