Monday 30 December 2013

SEKADAR RENUNGAN - DOA 12 PINTU REZEKI / DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP

Assalammualaikum u all  ^_^
Harap-harap semuanya di dalam lindungan -NYA dan diberikan kesihatan yang baik

Masih dalam mood nak masuk tahun baru, nak mulakan semua yang baru-baru, family baru, azam baru, suami baru... eh..eh.. hahahaha. Yang pastinya Yana masih in a good mood, hurmmm walaupun dalam hati tuhan saje yang tau kan rasa berdebar nak pergi medical check-up baby in 2 weeks more. Baby sihat cumanya tempoh hari Yana check ada ketumbuhan yang dipanggil CYST (Entah ejaannya tu betul tak)  berdekatan dengan baby.  Seabagai seorang ibu mestilah risau dengan berita macam ni.

Yang penting kita sebagai hambaNYA harus sentiasa beringat bahawa segala ujian dariNYA adalah kerana ALLAH swt masih sayang dan ingat akan kita. Paling penting, perbanyakkan berdoa, mudah mudahan akan dipermudahkan.

Hari ni Yana nak sharing dengan semua Doa 12 Pintu rezeki bersama Doa pembuka apa yang tertutup, Ooo u all dah tau ke, tak pe Yana tetap nak sharing dengan u all sempena tahun baru ni marilah kita sama-sama amalkan apa yang patut, tinggalkan apa yang tak patut, haah kan, simple.. hidup kita akan menjadi bertambah mudah. Juga rezeki yang kita dapat juga berkat.

Sebut pasal kerberkatan rezeki Yana nak kongsi juga tentang kata-kata yang Yana baca :

Rezeki yang berkat,
Sedikitnya cukup, banyak pula boleh diagih-agihkan,
Rezeki yang tidak berkat,
Sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas,
Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air semakin minum semakin haus.
 







 
 
 
 

Sunday 29 December 2013

Melangkah ke tahun baru 2014

Pejam celik lagi 2 hari nak melangkah ke tahun baru 2014. Rasa sayu pun ada dalam hati nak tinggal kan tahun 2013 yang penuh dengan dugaan, cabaran, baik sebagai ibu tunggal, baik sebagai seorang ibu dan kini dah bergelar isteri semula ^_^
Usaha demi usaha akan ku lakukan serta tak kan mengenal penat lelah untuk menaikkan Dyana Bridal House, agar terus maju sehingga Berjaya. Mudah-mudahan hadirnya tahun 2014, akan membawa sinar baru, rezeki yang melimpah ruah untukku dan keluarga baruku.
Bercerita tentang 2013, banyak benar dugaan yang membuatkan saya jatuh dan hampir rasa putus asa hingga menitiskan airmata. Pernah suatu hari datang kepada saya seorang budak peminta sedekah dalam usia 5tahun, bersama ibunya, dalam hati bermacam-macam soalan yang timbul dalam fikiran.
Mengapalah sampai hati membawa anak bersama minta sedekah, bukankah harus seorang ibu menjadi tunggak dan penguat semangat pada anak tadi supaya bila dia besar, dia tak kan jadikan apa yang dibuat ibunya sebagai warisan dia nanti.
Ye kan mungkin inilah dinamakan kehidupan, allah swt dah menentukan kat atas sana perjalanan dan keupyaan kita, allah swt tak kan menguji kita diluar kemampuan kita. Hurmmm mungkin aku pun harus berfikir benda yang sama…. Apa yang aku ada untuk aku wariskan kepada anak-anakku? Kemewahan?  Didikan agama? Atau erti kehidupan???? Tu lah hakikat tanggungjawab sebagai seorang ibu, adakala sedih tapi bila didepan anak terpaksa mengukir senyuman macam tak de apa-apa. Aku mahu ..akulah IDOLA anak-anakku, aku mahu akulah contoh anak-anakku untuk belajar erti kehidupan agar tak mudah putus asa, berani mencuba dan yang paling penting, hati mesti bersih.
Naah atas sebab tak putus asa meneroka dan terus usaha, jumpalah aku dengan seseorang ni yang ku panggil SIFU hehehehe ^_^ . Sehingga aku pandai buat blog sendiri. Korek-korek otak ni supaya
keluar idea untuk taip entry. Terima kasih sifu Anys Idayu Zakaria, yang masih belom nak putus asa mengajar aku yang dari zero to hero sekarang ^_^
Yakinlah dan usaha tangga kejayaan, tanpa nekad dan cita, ianya akan jadi sia-sia. Teruskan dengan angan-angan, kerana angan-anganlah manusia tu dapat teruskan citanya untuk capai sesuatu. Jika kita lekas leka dan berpuas hati dengan apa yang ada, ianya kehidupan yang tak akan ada maknanya.

Selamat tahun baru 2014 kepada semua rakan yang mengenali diri ini, semoga kalian akan diberikan kebahgiaan dan keberkatan ditahun 2014 ini ^_^



 
 
-2014-

Thursday 26 December 2013

Alhamdulillah… bersyukur kepada Allah swt, ke atas rezeki yang tidak ternilai ini. Dan mudah-mudahan akan selamat sehingga ke 8 bulan dan seterusnya, selamat melahirkan. Berita gembira ni dikongsi bersama suami tercinta Mohd Hanafie. Inilah hadiah untuk suami tanda kasih sayang yang ikhlas dari hati.
Dalam kegembiraan ada juga rasa berdebar dalam hati bila dapat tahu ketumbuhan (Cyst) lebih besar dari baby dalam rahim. Takutlah pertumbuhan janin terganggu oleh Cyst tu. Dalam hati ini berdoa banyak-banyak agar semuanya selamat seperti yang diingini. Bila rakan-rakan dalam Fb yang ucapkan tahniah dah beri semangat, hati ni yakin dan ada semangat juga terus berdoa semoga semuanya dibawah lindungan NYA. Saya nak berkongsi gambaran tumbesaran janin hingga ke bayi. Dan surah amalan untuk ibu mengandung. ^_^


 
 

 

Tuesday 24 December 2013

Rasa nak melompat bila esok cuti, ye la kan dah penat bekerja hampir lunyai rasa nya. Tapi tugasan seorang ibu, isteri dirumah sedang menanti tadaaa... hehehe. 25hb Dec ini adalah cuti public holiday bagi selangor dan seluruh secara am nya, ramailah orang yang ambil kesempatan untuk membawa anak-anak bercuti dan membeli barang keperluan untuk sekolah yang akan dibuka nanti. Ada juga syarikat yang buat malam 'Dinner' . Dengan pelbagai tema.
Nak cerita ni, saya dapat satu job untuk make-up kan seseorang ni untuk malam dinner, dia nak 'vouge' katanya ala-ala DIVA hihihi. apa pun saya tetap nak 'Client' saya berpuas hati dengan services yang diberikan oleh kami di Dyana Bridal House.
Client saya ni seorang yang bertudung. Kalau boleh dia tak mahulah nak cukur kening. Tapi nak menarik.  Jadi ini lah usaha yang telah siap dilakukan oleh saya ^_^

Gambar ini diambil saya sebelum 'Client' saya ni dimake-up kan.

 
Masa ni kami sedang santai je, sambil minum petang di Old Town White Coffe-Dataran Mentari Sunway. Ramai la mata yang dok memandang, Segan rasa nya macam nak shooting filem pula hahahaha … namun Operasi tetap diteruskan. Hampir sejam make over dijalankan  ini lah hasilnya.

 
 
 
Inilah hasil seni lukisan saya untuk hari tu, make over si cantik manis yang nak ke jamuan 'Dinner' nya tu. ^_^
kami sediakan bermacam-macam aktiviti yang para pelanggan kami mahukan. Seperti kelas make over, disitu akan diajar cara dan teknik-teknik yang betul cara melukis kening, mencukur atau tanpa mencukur. Dalam kelas juga ada diajar cara buat sendiri facial dari rumah. Dan juga membuat mask hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada.
Naaah kan mudah sangat untuk jadi cantik, dengan usaha dan keinginan. Nak  cantik, dimata suami?? Sentiasa nampak mempersona hermm mari join kelas kami. Cari saya di facebook saya mahu pun di pages saya. Ok lah rasa nya setakat ini aje luahan hati saya untuk petang hari sampai jumpa lagi bye.
  

Sunday 22 December 2013


14 Dec 2013 kelmarin hari pihak perempuan bertandang ke rumah lelaki di Jelebu, N.Sembilan. Cuti cuti sekolah begini dah menjadi kebiasaan orang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan, pertunangan, berkhatan dan sebagainya.Bestnya hidup kat bumi Malaysia ni, macam-macam sambutan, kenduri kendara sanak saudara berkumpul, memeriahkan majlis dan suasana. Hari ni cerita saya nak sharing majlis salah seorang dari pelanggan Dyana Bridal House, dan majlis wedding saya sendiri, yang bestnya saya mengandam diri sendiri ….  ^-^



Ini lah yang saya maksudkan tadi, make-up dari Dyana Bridal House, Photographer kami En. Azman Trg. picture yang indah ditambah dengan gambar dari negative colour. Ini pula gambar yang diambil semasa outdoor di hadapan Muzium Adat N.Sembilan


 
Sekarang nak cerita pasal pula majlis pelanggan kami yang telah diadakan 2minggu sebelum majlis perkahwinan saya, hihihi sempat juga saya handle majlis customer saya ni… ^_^
Majlis ni diadakan didewan orang ramai di Shah Alam. Tuan rumah memberi keizinan pada kami untuk handle majlis ini mengikut kesesuaian tema yang diberikan. Pasangan pengantin ini telah memilih salah satu pakej perkahwinan yang disediakan oleh Dyana Bridal House. Kami telah menyediakan majlis ini dengan serba lengkap dari A to Z.

Inilah pandangan dewan yang telah kami sediakan untuk pasangan mempelai dari meja penyambut tetamu sehingga meja makan beradap pengantin kami sediakan. Catering juga siap disediakan pelayan beruniform bersesuaian dengan tema majlis ini.


Tema majlis ni ialah Puprle Kuning. Dan memilih diiringi hulubalang cute ni.

 
Inilah sajelah cerita mengenai majlis pelanggan saya. bagi sesiapa yang berminat atau sedang tercari-cari pakej perkahwinan serba lengkap, silalah tengok pakej kami yang telah disediakan oleh kami di Dyana Bridal House. Dan pelanggan yang ada facebook sila ke pages kami Facebook- Dyana Bridal House.



Thursday 5 December 2013

Pengenalan diri

Teks : Diana Mohamad

Assalammualaikum….
Untuk semua insan yang membaca & mengenali diriku..
Semoga didalam lindungan NYA selalu ^-^
6 December 2013 - Inilah cerita tentang diriku. Nama pendek je Diana binti Mohamad. Kengkawan panggil saya Yana, kat rumah pula 'along' almaklumlah anak sulong. Saya yang sulong dari empat orang adik-beradik, yang best tentang kitorang ni ialah antara kami berempat ni berselang-selang. Perempuan, lelaki, perempuan, lelaki ..haah hebat kan pe tu orang panggil SELANG BUNGA.  
Saya dilahirkan di Klang, Selangor. Pada 10 Mac. Ibu saya anak jati sini, ayah pula berasal dari Perak. Kami adik beradik semuanya tinggal sekali kat klang ni, belum ada yang menetap dikejauhan hurmm.... tapi kini saya sudah ada kampung, di JELEBU. Kalau tak, masa hari raya semua orang sibuk balik kampung yang kita tak berkampung ni duk la ternganga...
Meh saya ceritakan macam mana saya kini dah ada kampung. 4 tahun lepas  saya adalah ibu tunggal kepada anak-anak kesayangan saya, Muhammad Zairul Hafiz 12 tahun dan Rabiatul Adawiyah 8 tahun. Merekalah semangat saya untuk meneruskan hidup dan penguat semangat saya dalam apa jua yang saya usahakan. Sebagai ibu tunggal saya juga faham kehidupan mereka yang senasib dengan saya. Bermacam-macam dugaan, halangan dan getir hidup menjadikan saya lebih kenal erti dunia. Kini saya kembali dengan gelaran PUAN.
Pada 28 August 2013 adalah hari saya diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang bernama Mohd Hanafi. Seorang yang penyayang, sentiasa menyokong saya, memahami saya serta anak-anak. Anak-anak juga sayang dia. Suami saya berasal dari Kampung Sepri, Jelebu, orang negori... haah tu la kan saya dah ada kampung wink..wink  ^-^  
Sifat saya, hurmmm saya seorang yang periang, tak mudah berputus asa dalam apa bidang pun yang saya buat, walau kekadang rasa 'give-up' tapi hehehe mesti juga terus kan usaha sehingga berjaya. Bagi saya semua orang berpeluang untuk kaya dan berjaya, asalkan tidak mudah berputus asa dan selalu berdoa pada allah s.w.t kerana apa yang penting ialah niat kita yang baik pasti allah makbulkan.
Sekarang saya ceritakan pula kisah pekerjaan saya.Bekerja sebagai kerani akaun cum admin di sebuah syarikat logistics di Subang Jaya. Setiap pagi rutin harian  saya, hantar anak ke sekolah. Yang pertama saya akan menghantar anak sulong kemudian anak kedua, saya hantar suami saya dan akhirnya hantar diri sendiri. Begitulah rutin saya setiap pagi perlu saya buat sebelom menghantar diri saya ke tempat kerja. ^-^
Saya akan ketempat kerja dengan bermake-up dan berdandan, termasuk la berhijab dengan ikut trend dan gaya terkini, saya bukan sahaja suka bermake-up tapi ikuti perkembangan dan trend semasa baik dari segi berfesyen muslimah sehingga ke hijab. Peristiwa yang saya mula make-up kan orang lain ialah semasa hari raya aidilfirtri 5 tahun dulu. Saya jadi mak andam untuk maksu saya serta adik perempuan saya. Bila mereka berdua kata saya ada bakat saya mulalah kembang kembangkan kepada kawan saya bertunang. Sehingga ke hari ini, bermula dengan ambil sub make-up dari mak andam yang besar besar yang dah ada butik mereka sendiri, saya belajar dari bawah untuk berjaya pada saya kita jangan malu bertanya dan mencuba. Kini saya dah bole organize majlis pengantin dari A-Z


Lalu terciptalah Dyana Bridal House. Kini saya boleh organize majlis kenduri perkahwinan dari A to Z. Mula dari khemah, catering, P.A System, photographer, pelamin, baju bersanding, baju bertunang, baju persalinan, sewa dulang hantaran, gubahan hantaran dan make-up. Saya juga ada menyediakan kelas personal make-up untuk mereka yang berminat secara individu, dinner
make-up, personal make-over.